Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Indahnya kemaafan


Kenapa tidak pernah dilihat
apa yang telah berlalu
sehingga sanggup tercetus
ayat sehina itu

Apakah hilang rasa kemanusiaan
Apakah sirna hormat dan adab
Hanya kerana pudarnya kasih
hilangnya sayang yang pernah tercipta

sakit aku mengenangkan
padih jasad menerima
kecewa hati yang sedang walang
namun redha aku terima

biarkan dia puas berkata-kata
selagi hati masih marah
biarkan aku merawat hati
selagi hati masih basah dengan kemaafan