
Sakit hati memikirkan
pilu menguasai segenap sanubari
mana mungkin aku menyingkirkan dirimu
sedangkan kasih bersemi buatmu
tatkala jemari saling bertaut
aliran darah bagaikan terhenti
aku hanyut dalam lembah kasih
yang tak berpenghuni
merayu kasih, menagih simpati
lantaran kasih yang mendalam
aku rela undur diri walaupun pahit
kekalahan bukan milikku
kerana undurku memenangi perjuangan
perjuangan melenyapkan cemburu insan
yang ku tahu kasih sayangnya
2 februari 2000
12:05 am