
Kini
malam tidak lagi berbeza
dengan siang yang sunyi
tanpa suaramu, segalanya sama
tiada apa yang ceria
Kalau dulu
kehadiran malam ditunggu
tenggelam sang suria dinanti
dengan hati berbunga gembira
kerana ku tahu akan berteman suaramu
semalam
walau mengganggu tidurku
walau sibuknya agenda hidupmu
suaramu tetap menerjah pendengaranku
gelakmu saban mengundang tawaku
kini kembali lagi
malam itu sesepi siang
tanpa matahari
sesepi bulan tanpa bintang
yang menyinari..