
mengapa tidak kau fahami hatiku
mengapa tidak kau selami jiwaku
tidakkah kau menyayangiku
sebagaimana kata-kata di bibirmu
mengapa sering kau sakiti hati ini
mengapa asyik kau lukai jiwa ini
tak sanggup lagi aku menerimanya
menggugat sayangku, meragut kasih
kasih
bantulah aku membuang kesakitan ini
tolonglah aku menyirnakan kekecewaan hati
sayang
tunjuklah sayangmu yang sebenar
curahkan kasihmu yang kudambakan
agar tenang hati
agar tersenyum mentari
kerana kasih yang mekar kembali