
Bersyukur aku padaNya
kerana memberi ruang
memberi jalan
kepada kegelisahan
Sujud aku padaNya
melihatkan aku pembohongannya
membuka hijab penipuannya
Sememangnya benar detak hatiku
dia bukan hadir untukku
menyiat hati yang sedang sakit
mencincang lumat percaya yang tercipta
Aku bersyukur padaMu Ya Rabbi
dia jauh dan terus pergi
dari hidupku yang hampir sempurna..