
Cemburu aku dengan beburung
terbang sekawan mencari makan
berkepak ke kiri ke kanan pasti
bersama arah satu tujuan
Cemburu aku dengan semut
bekerja bersama membanting tubuh
walaupun kecil semangatnya kukuh
walaupun dipijak, berpantang jatuh
Cemburu aku dengan lidi
kuatnya ia kerana banyak
perkasanya ia kerana satu
mengerah keringat untuk yang lain
Tidak kah kau cemburu?
kerana mereka sentiasa bersama
kerana mereka sentiasa satu
kerana mereka sentiasa ramai
kerana mereka di kelilingi
Tapi aku???
Masih dengan cemburu...
5/11/2009
1:35pm