Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Manusia..


Kenapa manusia penuh pura-pura
bercakap hanya mengikut suka
tanpa berfikir impak kata-kata
tanpa peduli hati yang menerima

kenapa manusia sifatnya rakus
tamak haloba mengikis percaya
ketepi semua umpat cerca
asalkan hasrat tercapai jua

manusia itu alpa sifatnya
bak tupai yang melompat di dahan
walaupun handal jatuh jua
kerana suratan tertulis semua

manusia itu kerdil zatnya
dibanding dengan Dia Pencipta...