
Sayang
hadirmu dalam hidupku
tidak kurancang
namun aku hargai kehadiranmu
sayang
aku yakin kau tahu hatiku
kau arif perasaanku
sayangku hanya padamu
tidak pada yang lain
percayaku hanya pada katamu
bukan pada bicara asing
Sayang
mengapa
saat ini bagai ada yang mengganggu
seperti ada yang mengusik hatimu
bagai ada yang hadir bertapak selain aku
adakah dia yang punya segala
yang hadir membawa mewah bersama
Sayang
tidakkah kau rasa
antara kita bagai ada jurang
jurang yang amat dalam
membawa bersama kemesraan lalu
menghambat pergi kasih sucimu
sayang
kau semakin jauh dari diriku
membawa bersama ceria tawa
adakah telah hadir seseorang
dalam hati nalurimu
adakah rahsia yang kau simpan
dalam hati kecilmu
sayang
masihkah kau ingat tatkala
sore yang redup
ketika kita duduk di situ
sore itu terganggu
dengan panggilan dari dia
dia yang hadir merenggut kasihmu
Sayang
ketahuilah..
hadirnya aku disini
bukan untuk memaksa
sayangnya aku padamu
bukan kerana terpaksa
cinta yang mekar di hati
bukan kerana ingin dipersenda
sayang..
renunglah ke dalam mataku
kerana disitu kau akan percaya
kerana di situ kau temui sinar
kasih sayang tulus ku
padamu...
*Created for someone*
9.09 pm
8 Nov 2009