Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Tak ingin ku ulangi..


Bagai hilang sakit semalam
Tatkala maaf terucap dari bibir
Walaupun duka masih bersisa
Namun kugagahi diri senyum keterpaksaan
Mengiakan segala kepalsuan
Yang berlandaskan seimpati berpanjangan
Entah esok, atau lusa
Dapatku rasakan sakit, pedih, luka itu
Akan kembali bertandang
Menjadi tetamu setia yang tak kujemput
Menerobos hatiku yang telah damai
Untuk apa lagi menyimpan duka itu
Kerana pasti melebur kasih yang bersemi
Tak inginku terluka lagi
Kerana ia kalimah sakti

23 Januari 2000
7:54 pm