
Telah aku cuba memahami situasi keadaanmu
tapi,
setiap kali itu juga aku gagal
saban waktu aku cuba menyayangimu
namun setiap kali juga kau mematahkan sayangku
bagaimana lagi harus aku katakan
aku ingin berkongsi kasih
menyemai sayang
sikapmu sukar untuk aku tafsirkan
kadangkala pedih memikirkan
namun aku tak punya hak
untuk memaksa kau menerima sayangku
entah bila aku dapat memahami
kerana..kadangkala sayang di puncak
seringkali benci mengiringi
7 Februari 2000
8:06 pm