
Tak dapat aku gambarkan
apa sebenarnya perasaan yang hadir
simpati, terkejut atau apa
semuanya bersatu bagai ada ikatan antaranya
tatkala berita itu aku terima
Walau bukan diucap
Namun berita itu menyentak
rupanya aku mungkin insan terakhir
yang tahu situasi itu
Sabarlah sahabat
perjalanan hidup kita berbeza
hadapilah dengan tabah
kerana ku tahu hatimu kuat
walau terkadang ada ego disitu..
1:56pm
9 Disember 2009