
Ditanah ini
Suatu ketika dulu
suara itu mengajak aku pergi
bersama-sama menongkah arus deras
berpimpin tangan melangkah ombak
Di tanah ini
Suatu ketika dulu
walau dia tahu payah yang bakal diterpa
walau aku juga tahu susah yang bakal tercipta
Namun jambatan kasih menjadi penghubung
memimpin jalan ke arah yang satu
Di tanah ini
Suatu ketika dulu
sering menjentik ingatan
acapkali terbayang di ruang mata
gamitan tangan dan lambaian kasih
yang semakin hari semakin dekat
Namun..
suatu ketika dulu itu
rupa-rupanya telah berlalu
kerana kini baru kusedar
di tanah ini aku berpijak
rupanya bukan tanah yang dahulu..
