Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Kau kembali...


Suatu masa dulu
kehadiranmu kutunggu
bersama pekat malam
bersama semilir bayu

Suatu masa dulu
ketika kau hadir
dunia bagai sama-sama tersenyum
merestui cinta yang mekar

Suatu masa dulu
Kau hilang jua
dari pandangan mata
dari tautan hati
yang terlerai kerana dia

Hari ini
kau hadir
bersama cinta yang kau abai dulu
bersama semarak kasih yang baru
membuat aku kembali ke dasar cinta yang dalam...

10:19am
16 Disember 2009
Meeting JPA Khas