Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Sedar..

Ketika mata ini kubuka
aku tersedar aku kehilanganmu
izinkan aku bermohon padaNYA
untuk mata ini terus tertutup
agar bisa aku terus bermimpi dirimu

walau sedetik dalam mimpi
aku bahagia menjadi pasanganmu
walau sekelumit dalam khayalan
aku jatuh kasih pada cintamu

kumohon mata ini terus pejam
agar tiada bangun yang menggamit kehilanganmu
agar tiada sedar yang menghambat hadirmu

Namun..
Aku perlu bangun
kerana cintamu menginginkan aku berlari..

11:26am
3 Januari 2010