Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Cinta ini telah pergi..

benarkah aku sebenarnya merindui dia
atau hanya kesepian yang bertandang
menyebabkan aku lupa pada yang lain
menghambakan pada dia yang tiada

mungkinkah ini hanya mainan perasaan
yang hadir pada katika hujan rintik jatuh
membasahi bumi yang tandus kasih
menelusuri pipi yang telah basah dengan air mata

mengapa perasaan ini dihadap ku
ketika mekar cinta belum pasti
walau harapan menggunung diberi
adakah hanya dugaan yang harus aku tempuh

aku hilang arah di situ..
kerana dia yang pergi diam membisu
membawa bersama kata cinta
yang kononnya ada di situ..

1:44 am
14 Februari 2010