Sahabat
Walaupun asal kita berbeza
Namun hati kita seolah sama
Walau nama kita berbeza
Namun cinta kita seakan serupa
Sahabat
Tidak terlintas persahabatan ini akan terjalin
Kerana perbezaan yang kita sendiri pasti
Namun, Allah itu Maha Kaya
Menemukan kita di satu titik persamaan
Menyatukan kita dalam kasih sahabat sejati
Sahabat
Detik manis telah kita lalui bersama
Gelak tawa menghiasi diari harian
Bersyukur aku dipertemukan kita
Walau kadang terguris bicara
Namun ikatan utuh jua
Sahabat
Esok pasti datang
Andai DIA berkehendakkan
Doaku..esok yang hadir
Membawa riuh dalam jalinan persahabatan kita
Membawa meriah dalam tawa
Membawa senyum dalam tangis
Terima kasih kerana aku memiliki
Kakak walau bukan sedarah
K.Has, K.Sya, Julie,K. Aziana, K.Ku A,
Terima kasih kerana diberikan adik
Walau hakikatnya sekandung tiada
Is, Dinie, Ila
Terima kasih
Sahabat..
11:02 pm
24 Oktober 2011
Rumah Penang
[MODE: i have them surround me]