Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Perjalanan Yang Bernama UniMAP


Mereka kata kita berselerak
Mereka kata kita jauh-jauh
Mereka kata kita nun di utara
Namun, mereka lupa satu perkara
Walau kita berselerak, jauh-jauh dan di utara
Kitalah penyatu bakal-bakal jurutera
Pemangkin Negara masa hadapan

Di sana UniMAP, di sini UniMAP
Entah mengapa di setiap ceruk ada UniMAP
Entah sebab apa di mana-mana ada UniMAP
Entah apa ada dengan UniMAP
Walau semuanya bermula dengan entah
Namun, mereka tidak tahu satu cerita
UniMAP cemerlang walaupun ada di sana sini
UniMAP gemilang walau letaknya di ceruk
UniMAP terbilang dengan pelbagai kelebihan yang ada

Dulu namanya orang kata pelik
Hanya kerana namanya KUKUM
Dulu namanya orang kata kelas kedua
Hanya kerana namanya Kolej Universiti
Walau orang kata pelik dan kelas kedua
Namun, mereka masih lupa
Itu semua cerita dulu, Cerita sedekad yang lalu
Cerita sekarang lain bunyi dengungnya
Cerita sekarang cerita gembira dan bangga
Cerita sekarang lain bait stanzanya
Cerita sekarang cerita menang, johan dan juara

UniMAP,
Ada kata universiti satu peta
Ada kata universiti terbesar dunia
Benarlah apa mereka kata
Kerana UniMAP menguasai peta Malaysia
Kerana UniMAP melakar peta dunia
Kerana UniMAP besarnya di mata dunia
Dengan kejayaan anak didiknya
Dengan kemenangan para akademianya
Dengan kesepaduan para pentadbirnya
Dengan keutuhan silaturahim warganya
Dengan berdirinya atas akar tunjang perkasa

UniMAP
Bukan sedekad di bibir mulut
Bukan sedekat di birai mata
Sedekad UniMAP
Cemerlang di mata dunia!
Sedekad UniMAP
Gemilang di persada lautan dan rimba!
Sedekad UniMAP
Terbilang di seantero benua!

1:00PM
1/10/2012
School of Civil Engineering, USM
[MODE: Sedekad Gemilang]