skip to main |
skip to sidebar
Terpateri sudah hari itu
Kau hadir membawa cincin keramat
Kau datang membawa saksi cinta
Menghitung hari menjadi satu
Hari ini hari kita
Bertentang mata di hadapan semua
Agar mereka menjadi saksi
Cinta kita milik kita
Hari ini, esok dan selamanya
Moga esok kita masih bersaksikan mereka
Dihadapan kadi dan saksi
Bersalam dan berkucupan dahi
Bersama berjanji sehidup semati
Agar cinta ini sentiasa bersemi
9:39 pm
25 Dec 2011
Rumah Mersing
[MODE : Our E-Day]
Hari itu makin hampir
Yang dinanti penuh debar
Bagaimanakah esok yang ditunggu
Mengharap cintanya sentiasa mekar
Hari yang dinanti hanya lusa
Mampukah aku mendepaninya
Walau hati penuh debar
Namun cinta ini tulus
Menerima dia yang kusayang
Menanti dia yang kucinta
Ya Allah
Kau datangkanlah dia dalam rahmatMu
Kau hadirkanlah dia dalam rindu
Kau sisipkanlah bersamanya cinta
Agar hubungan ini disemai
Benih-benih penuh rasa
Diwarnai pelangi rindu
10:20pm
23 Dec 2011
KFC Mersing
[MODE : Cuak menanti hari lusa]

Bila sireh bertemu tepak
Adat dijunjung janji diikat
Kata rindu bertukar sayang
Kata sayang bersulam cinta
Bila cincin tersarung manis
Tanda kasih disambut rela
Tanda berjanji sumpah setia
Tanda diriku milikmu jua
Bila hantaran bertukar tepak
Si teruna pulang bersama cinta
Si dara senyum bersama harapan
Agar janji termeterai akad
Agar kasih dianyam kuat
Kerana janji telah diikat
Menanti esok cinta ditambat
4:00 pm
21 Nov 2011
Odw balik Penang
[MODE : Engagement Rashid n Mahirah]