Fitnah Pena
Mereka pandang enteng
Melihat sepintas lalu
Menilai seringan bayu
Seolah usaha itu mainan
Mereka leka memerli
Mereka tersenyum sumbing
Mereka persoal sendiri
Seolah tenaga dicurah di daun keladi
Tidakkah mereka terfikir
Berjuta kata nista akan hadir
Hanya kerana fitnah pena yang buta
Hanya kerana percaya pada si dusta
Kerana mereka
Menilai tanpa asas yang jitu
Menyebut tanpa suara yang jelas
Mangsanya..anak bangsa yang suci perjuangannya
11:45pm
15 Mac 2010