Janji dan Perjuangan (untuk semua pelajar PPKAS yang akan menempuh peperiksaan akhir)
Sayang..
Janji semalam perlu kau selak
Ikrar kelmarin harus kau jejak
Kerana esok bakal kau tempuh
Bersama janji dan ikrar yang kau lafaz dulu
Jangan kau toreh luka baru
Kerana sakitnya mereka merasa
Jangan kau cipta kegagalan itu
Kerana hampa kecewa mereka pasti tercoret
Ingatlah sayang..
Esok medan perjuanganmu bermula
Mulakanlah ia dengan doa takzim
Berkat doa sang bapa pengasih
Berkat doa si ibu tercinta
10:30pm
17 April 2010