Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Aku Sayang Kamu


Benarkah andai hati ini marah
Tapi tidak terucap kerana adanya sayang?
Benarkah andai hati ini sakit
Tapi terpendam kerana adanya kasih?

Mungkin ianya lahir dari hati yang sayang
Tidak tega melihat insan disayangi terluka hati
Mungkin juga hanya kerana menjaga hati
Tidak mahu esok semakin kelam tanpa seri

Walau apa pun cerita disebaliknya
Hati ini terpana dengan ungkapan itu
Hati ini berbunga girang dengan kata-kata itu
Kerana hati ini berkata "aku sayang padamu"

10:50pm
6 Jun 2010