Kau yang mengundang rindu
Telah kucuba melupakanmu sebentar
Namun tidak pernah berjaya
Telah kucuba memadam namamu seketika
Malangnya aku gagal sentiasa
Mengapa dirimu sentiasa disitu
Mencorak resah rindu dihati
Mengapa namamu terpahat disana
Mencanting halus garisan cinta
Dalam pekat malam
Akhirnya aku tahu jawapannya
Dirimu dan namamu
Mengundang kasih di lautan cintaku
Dirimu dan namamu
Mengundang rindu yang tiada hentinya
30 Ogos 2010
1:11am