Cinta Untukmu..
Cinta itu kan hadir
Andai hati terbuka luas
Menerima yang kurang
Melengkapi yang cela
Cinta itu kan pudar
Andai hati bersalut syak
Menganggap yang ikhlas itu pura-pura
Menerima yang benar itu batil
Cinta ini kan mekar
Kerana hati ini masih hati yang dulu
Menerima dirimu yang masih dirimu
Kerana cinta ini hanya untukmu
9:45 pm
21 Oktober 2010