Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Nota Buat Kekasih...


Izinkan aku sayang
meluahkan rasa hati
walaupun ku tahu perit untuk kau terima
begitu juga sakit untuk aku menuturkannya

Izinkan aku sayang
meleraikan seketika ikatan kasih yang tercipta
memutus sementara jalinan hati yang bertaut
demi mencapai cita-cita
walau terpaksa kukorban cinta
walau terpaksa kumengguris derita

Namun sayang,
usah kau ragui masa hadapan
kuyakin kasihku pasti bersemi buatmu
kerana aliran hangatnya masih terasa
kerana detak kasihnya masih kedengaran

Berjanjilah sayang
Cintamu tetap untukku
kerana pelamin kasihku terpatri namamu
hanya namamu

Percayalah sayang
setelah cita-cita menjadi cinta
kanku permaisurikan dirimu
di lubuk hati, di aliran hangat kasih
kerana aku tahu
hanya kau di segenap
pembuluh darahku...

* created for someone special *
13 oktober 2009
10:30 am