
Sahabat..
Keriangan semalam masih terasa
Gelak tawamu masih dipalu di telinga
tidak kusedar sudah lama kita mengenal
hati budi dan baik bicara
Sahabat...
hari ini tiba jua
kau pergi menyambung cita
mengejar satu tapak kukuh disana
menongkah duri dan ranjau kehidupan
nun jauh di negara orang
sahabat,
Ku doakan pemergianmu hari ini
Ku iringi doa kejayaanmu hari esok
kerana kutahu kau pergi dengan semangat yang tinggi
agar kepulanganmu menyirnakan hari2 yang bakal sunyi
* Created to Azlinda Abdul Ghani *
Wish u best of luck in persuing ur PHD..
15 oktober 2009 @ 1:03 pm