Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Sesuci Merdeka



Disebalik wajah merdeka
masih terselit seibu pilu
sejuta rahsia luka
lima puluh dua tahun
haruman merdeka menjadi tunjang
kekuatan digalas di papak merdeka
kejayaan diukir di tembok dunia

Namun
jangan sesekali kau terlupa
merdeka ut bukanlah mudah
merdeka itu luka, parah berdarah
titisan darah merah yang mengalir
jangan kau ingat semanis madu
jangan kau adili sesuka hatimu
kerana dijajah penuh derita
kerana diperintah disumbat resah gelisah

Ingatlah wahai anak bangsaku
tanpa kekuatan bangsamu
tanpa daulatnya kesultananmu
hilanglah merdeka
sirnalah merdeka
renunglah wahai bangsaku
tanpa mereka yang dahulu
apa ertinya merdeka
usah kau impi hiburan dunia
usah kau karang bahagianya bangsa

Ayuhlah bangsaku
merdekakanlah dirimu di negaramu yang telah merdeka
daulatkanlah negaramu
di duniamu yang mencabar
pedulikan tohmahan asing
campakkan campur tangan luar
merdeka kini di tanganmu
ukirkannya, corakkannya
secantik mutiara di dasar laut
seindah awan di langit membiru
sesuci kapas pembalut luka
pejuang merdeka

*Created on 23 Ogos 2001*
*Published specially for Perhimpunan Agung UMNO ke 59..sama2 lah kita mengenang kembali perjuangan Melayu yang semakin dilupakan*