
Tidurku sirna lenanya
kerana menanti hadirnya mimpi
kerana mendambakan pelukan kasih
kerana mengimpi tautan rindu
Lakaran kasihku pudar warnanya
kerana terlerai simpulan sayang
kerana lucut janji dilafaz
kerana putus ikatan cinta dijiwa
Adakah ini dugaan Dia
agar aku kuat menerima
agar aku tabah menempuhnya
agar aku gigih mendepaninya
adakah ??
11:03pm
20 Nov 2009