
Dare..
Adakah aku cemburu
walau hanya melihat pada sekeping gambar
Adakah aku marah
Walauku tahu tiada bermakna
adakah perasaan yang hadir ini
sebenarnya mainan jiwa
yang memerangkap sepi
nyanyian tangis
namun,
aku tak mampu menipu diri
perasaan ini menyakitkan
perasaan ini mendera aku
walau aku cuba untuk tersenyum
walau aku cuba menidakkannya
Dare,
Aku tahu ia sukar
untuk aku mengakui
bahawa engkau milik dia
Secebis pun engkau bukan milikku..
12:34pm
21 Nov 2009
