
Lewat malam itu
Kau datangkan dia
Kau hadirkan suaranya
Kau semarakkan cintanya
Walau hanya sekejap
Kau hadirkan sayang di hati
kau hadirkan mesra di bicara
Moga ia kekal akhirnya
Jangan kau uji lagi diri ini
Dengan kehilangan yang pahit
dengan kekecewaan yang parah
kerana aku tidak lagi sanggup
melepaskan dia pergi
Setelah kasih mula bersemi...
2:13am
22 November 2009