Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Berjanji..

berjanji pada jiwa yang tandus
jangan sesekali kau mungkir
kerana kecewa yang mencengkam
bisa membuat jiwa itu mati

berjanji pada yang mengharap
jangan sesekali kau mungkir
kerana harapan yang tinggal sia-sia
meratah tangis menyesak minda
membuat jiwa menjadi kelam

berjanji pada yang menanti
jangan sesekali kau mungkir
kerana kata-kata yang mendustai
melerai kasih menutup sepi
hati-hati yang mencintai..

10:34 pm
24 Disember 2009