Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Di sini ..


KEPADA SEMUA PELAJAR TAHUN AKHIR PPK ALAM SEKITAR


Ketika dulu kau hadir
Bersama azam dan semangat jitu
Membawa bekal nasihat dan amanah orang tua
Menjinjing harapan, menggalas tanggungjawab

Ketika ini kau di sini
Bersama jatidiri yang masih kukuh
Sebagai khalifah menuntut ilmu
Membanting keringat yang semakin membara
Kerana kau tahu destinasimu akan tiba
Untuk menongkah lautan kehidupan
Yang bakal menjelma

Ketika itu nanti
Ingatlah kejayaan yang hadir
Ingatlah kenangan yang ditinggal
Bukan secara tiba-tiba
Tetapi kerana usaha dan bantuan
Tangan-tangan yang menyayangimu..
Tetapi kerana limpahan doa
Insan-insan yang mengingatimu..

MAHYUN AB WAHAB
6:19 pm
23 Disember 2009