
Lepaskan aku pergi
Daripada cinta
Daripada kasih
Daripada sayang
yang kau sendiri tahu
tidak akan ada penghujung
Biarkan aku pergi
dengan hati yang masih sayang
dengan jiwa yang masih kasih
dengan rasa yang masih mekar
Agar tiada permusuhan antara kita
Agar silaturrahim ini masih di sini
Sambutlah salam perpisahan
walau kutahu pahit untuk kau terima
namun mengertilah
perpisahan ini adalah yang terbaik
untuk hati-hati yang terlibat
dari terus kecewa
kerana jambatan yang dibina
atas tangisan orang lain
mengertilah...
7:17pm
1 Disember 2009