Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Rasa ini...


Aku jatuh cinta lagi
bersama bunga mekar di jiwa
bersatu bagai sempurna cintanya
menjalin kasih di bawah rembulan cahaya

Aku bahagia dengan perasaan ini
hadirnya tika aku sendiri
menghitung hari yang mendatang
keseorangan melayan kosongnya lukisan kehidupan

Aku bersyukur dengan takdirmu
mendatangkan dia walau dari mana
tanpa ketahuanku, tanpaku ingin tahu
kerana kasihnya yang melimpah bah
membasahi jiwa yang kemarau
mengubat luka yang parah
membalut hati yang carik berdarah

semoga rasa ini kekal
sehingga satu masa yang pasti
kau menjemput salah seorang dari kami

12:29 am
2 Disember 2009