Aku tahu dulu cinta itu
Milik kita berdua
Berjanji menyulam rindu setia
Berpegang pada kata-kata cinta
Namun,
Kehendak DIA,
Cinta kita hanya seketika
Pabila kau bertemu insan baru
Dunia kini bukan lagi
Merai cinta kita
Tapi,
Aku bersyukur dengan takdir DIA
Kerana kau bukan untukku
Cintaku mahal untuk lelaki sepertimu
Kasihku mahal untuk pendusta
Rinduku mahal untuk digadai sia-sia
Esok,
Akan kupastikan diri ini bangkit
Menjadi insan baru
Mendepani masalah dengan hati
Menjiwai cinta insan lain
Merantai bahagia bersama
11:20pm
22 Julai 2011
Rumah Penang
[MODE : For someone]