Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Di Malam Ini


Malam ini,

Entah mengapa hati terusik

Teringat bonda dan ayahanda yang telah tiada

Kenangan silam menggamit airmata

Menderu bagai empangan pecah

Tidak mudah ditahan mengalir jua


Airmata ini bagaikan memahami

Meluncur laju ketika hati makin pedih

Teringat ketika Nisfu Syaaban yang lalu

Bersama bonda dan ayahanda melafaz YASSIN


Kini, Nisfu Syaaban datang lagi

Namun kini aku sendiri

Berteman bising kipas berbunyi

Menatap ayat-ayat YASSIN


Dalam doa aku titipkan

Semoga bonda dan ayahanda tenang di sana

Aku berdoa, YASSIN yang dibaca diterima DIA

Moga diterangi pusara mereka berdua


Ya Allah

Doaku permintaan pada YASSIN yang terakhir

Kau makbulkan dan permudahkan

Kerana KAU datangkan dia bersama cinta

Semoga cinta ini milikku selamanya


11:40pm

16 Julai 2011

Rumah Penang

[MODE : Malam Nisfu Syaaban]