Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Kurniaan Cinta


Ya Allah

Kubersujud padamu atas kurniaan ini

Tidak pernah terlintas akan berlaku

Luka semalam dihadiahi cinta hari ini

Perit semalam dibalas rindu hari ini

Tangis semalam diiring kasih hari ini


Kau datangkan dia

Pada ketika hati sedang menangis

Kau titipkan cinta

Pada ketika jiwa sedang rindu

Kau hadirkan sayang

Pada ketika hati ingin bersatu


Walaupun akal dihujani soal

Namun hati berkata pasti

Menerima lamaran di subuh pagi

Meletak harap akan kekal

Agar esok yang hadir

Terus hadir bersama cinta

Bersama sayang yang baru bersemi

Agar mentari yang bersinar esok

Terus bersinar cerah

Bersama rindu yang baru dibaja


Kepada dia yang bernama lelaki..


9:22am

12 Julai 2011

School Of Civil Eng, USM

[MODE: Proposal]