Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Mereka


Salahkah aku?
Bila mereka datang membawa sayang
Bila mereka datang diiring kasih
Bila mereka datang bersama rindu
Walaupun mereka hak mereka yang lain

Salahkah aku?
Menumpang kasih di dahan berduri
Menggantung harap di ranting rapuh
Menyandar rindu di dedaun layu
Kerana hakikatnya pokok itu milik mereka

Tamakkah aku?
Menerima kasih mereka ketika masih ada
Menyapa rindu mereka ketika masih hangat
Membalas sayang mereka ketika masih basah
Walau semua itu kutahu hanya sekejap

Maafkan aku
Menyimpan rindu kepada mereka
Menyimpan kasih kepada yang bukan empunya
Haloba kasih sayang dan rindu mereka

Kerana aku tahu
Esok pasti akan kehilangan mereka
Kerana aku bukan milik siapa-siapa
Dan aku tidak memiliki mereka

4:05am
11 Julai 2011
Rumah Penang
[MODE : kehancuran kerana kejujuran]