Marah itu api
Dendam itu bara
Menyala hingga terbakar
Meratah tali-tali cinta
Maaf itu kasih
Kemaafan itu sayang
Mekarnya kasih dan sayang
Memintal tali-tali silaturahim
Andai maaf masih bersisa
Lontarkan ia dalam lautan dalam
Agar dendam yang membara
Disejuk air yang jernih
Andai rasa masih dendam
Ingatlah hari semalam
Ketika sama-sama berjuang ketika susah
Ketika sama-sama bersedih kerana payah
Ketika sama-sama menangis kerana kehilangan
Kita sama-sama berjuang, bersedih dan menangis
Andai marah masih bersisa
Ingatlah satu ketika
Tatkala gelak menjadi selingan
Tatkala lawak menjadi bualan
Tatkala gurauan menjadi hiburan
Untuk apa masih marah
Andai kemaafan itu dendam yang terindah
3:30 pm
27 Disember 2012
School of Civil Engineering, USM
[MODE : Maafkan]