Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label amarah. Show all posts
Showing posts with label amarah. Show all posts

Kemaafan Yang Dipinta



Marah itu api
Dendam itu bara
Menyala hingga terbakar
Meratah tali-tali cinta

Maaf itu kasih
Kemaafan itu sayang
Mekarnya kasih dan sayang
Memintal tali-tali silaturahim

Andai maaf masih bersisa
Lontarkan ia dalam lautan dalam
Agar dendam yang membara
Disejuk air yang jernih

Andai rasa masih dendam
Ingatlah hari semalam
Ketika sama-sama berjuang ketika susah
Ketika sama-sama bersedih kerana payah
Ketika sama-sama menangis kerana kehilangan
Kita sama-sama berjuang, bersedih dan menangis

Andai marah masih bersisa
Ingatlah satu ketika
Tatkala gelak menjadi selingan
Tatkala lawak menjadi bualan
Tatkala gurauan menjadi hiburan

Untuk apa masih marah
Andai kemaafan itu dendam yang terindah

3:30 pm
27 Disember 2012
School of Civil Engineering, USM
[MODE : Maafkan]

Syukur bukan aku


Kasihan

Namun kata-kata itu

Sukar untuk diluahkan

Payah untuk dituturkan

Kerana apa?

Aku jua tidak pasti

Adakah kerana antara kita ada peristiwa


Simpati

Selautan simpati dalam hati ini

Namun tidak mampu aku untuk membantu

Hanya doa agar kau tabah

Menghadapi hari depan

Yang belum tentu ada cahaya


Bersyukur

Ya ALLAH aku bersyukur

Kerana bukan aku ditempatnya

Kerana bukan aku yang menghadapinya

Kerana bukan aku yang mendepaninya

Ya ALLAH aku bersyukur

Kerana kau adakan kata akhir

Kerana kau wujudkan perpisahan


Alhamdulillah

Aku bersyukur

Kerana kau tunjukkan segalanya pada dia..

Ya ALLAH..KAU jaga lah dia

Kerana lemahnya dia sebagai hambaMU


11:47 pm

10 Januari 2012

Rumah Penang

[MODE : Alhamdulillah Syukur]


Amarah .. Hati


Hati ini ingin berkata
Namun akal melarang
Mulut ini ingin bersuara
Namun akal menentang

Hati ini ingin menangis
Mendengar hamun bicara
Namun ramai suara memujuk
Supaya terus cekal menjalan amanah

Kenapa tiada indah bahasa
Dari mulut yang kononnya berusia
Inikah santun bicara
Dari mereka yg kononnya hebat berbicara

Sesungguhnya..
Manusia itu lebih cantik
andai indah santun bicara