Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label memahami. Show all posts
Showing posts with label memahami. Show all posts

Syukur bukan aku


Kasihan

Namun kata-kata itu

Sukar untuk diluahkan

Payah untuk dituturkan

Kerana apa?

Aku jua tidak pasti

Adakah kerana antara kita ada peristiwa


Simpati

Selautan simpati dalam hati ini

Namun tidak mampu aku untuk membantu

Hanya doa agar kau tabah

Menghadapi hari depan

Yang belum tentu ada cahaya


Bersyukur

Ya ALLAH aku bersyukur

Kerana bukan aku ditempatnya

Kerana bukan aku yang menghadapinya

Kerana bukan aku yang mendepaninya

Ya ALLAH aku bersyukur

Kerana kau adakan kata akhir

Kerana kau wujudkan perpisahan


Alhamdulillah

Aku bersyukur

Kerana kau tunjukkan segalanya pada dia..

Ya ALLAH..KAU jaga lah dia

Kerana lemahnya dia sebagai hambaMU


11:47 pm

10 Januari 2012

Rumah Penang

[MODE : Alhamdulillah Syukur]


Cinta Ini


Cinta ini
Bagai air yang menyirami pepohon
Bagai udara yang menerbangkan debunga
Bagai api yang menerangi gelap
Bagai putih yang menyucikan hitam

Cinta ini
Redup pandangan mendamaikan
Santun bicara menyenangkan
Lembut sentuhan menenangkan
Ikhlas nasihat menyatukan

Cinta ini
Membuatkan aku disini menanti
Membuatkan aku disini merindui
Membuatkan aku disini menyayangi
Membuatkan aku disini mengasihi

Cinta ini
Hanya untukmu hari ini, esok, lusa dan selamanya..

10:20am
9 Ogos 2011
School of Civil Eng
[MODE : A month]

Ketika Aku Sendiri..


Ketika cinta ini bersatu dengan rindu
Aku rasakan kau dekat dihati
Ketika alam memanggil kabus
Kurasa kasihmu selimuti mimpiku

Ketika sendiri meredah lautan luas
Kukepingin dirimu ada disisiku
Walaupun hanya diam duduk membisu
Kutahu hati kita berbicara lagu rindu

Ketika matahari malu untuk bersinar
Jalinan anyaman cinta bagai bersatu
Membentuk corak hati yang maknanya
Hanya kau dan aku yang memahami..

5:32pm
7hb Nov 2010
Feri Langkawi to Kuala Perlis