Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label kasih. Show all posts
Showing posts with label kasih. Show all posts

Lagu Cinta Kita




Tiada kata-kata indah

Untuk aku rkaamkan

TIada madah berharga

Untuk aku alunkan

Betapa aku bahagia

Dicintai dan menyintaimu


Aku menunggu saat ini

Sejak hati berkata cinta

Sejak hati berkata rindu

Sejak hati mengenal sayang

Hati ini hanya untukmu

Hati ini hanya ada namamu


Aku mungkin bukan yang terbaik

Namun aku adalah diriku

Yang menyayangi dan menyintaimu

Yang mengharap rindu dan kasihmu

Yang mengharap esok untuk kita

Bersatu atas nama cinta


12:17am

12 Februari 2012

Rumah Penang

[MODE : Rindu]


Aku Rindu Dia


Mendengar rintik hujan
Diawal pagi ketika gelap
Mengingatkan aku pada hari itu
DIA berkati majlis kita
Dengan cuaca yang indah
Terima kasih Ya Allah

Merenung pekat malam
Ketika insan lain beradu
Mengingatkan aku pada dirimu
Makin mekar rindu ini
Walau kelmarin menjadi tunanganmu

Berbaring menahan kantuk
Tatkala malam menginjak pulang
Mengingatkan aku pada saat itu
Tika kau melamarku menjadi isterimu
Walau pantas tanpa angin
Namun cintamu kusambut rela

Hari ini.. Tika ini
Aku hanya teringat dirimu
Walau dimana kau berada
Aku tetap merinduimu

1:12am
28 Dec 2011
Rumah Penang
[MODE : luv him]


Aku Jatuh Cinta Pada Dia


Semalam telah berlalu
Kelmarin juga telah pergi
Namun hari ini yang datang
Membawa sarat kasihmu
Membawa sarat rasa cintamu

Terima kasih Tuhan
Kerana mendatangkan dia dalam duniaku
Menghadirkan dia dalam hidupku
Bersama-sama rasa kasih yang tumpah
Bersama rasa rindu yang meluah

Terima kasih sayang
Kerana hadirmu menidurkan aku dalam mimpi indah
Kerana datangmu menyanyikan aku dalam lagu merdu
Kerana disisimu mengapungkan aku dalam nada rindu

Sayang,
Aku kehilangan kata
Walau aku kehilangan suara
Hatiku akan tetap berkata
"Aku cinta padamu"

12:44am
11.11.2011
Rumah Penang
[MODE : Aku jatuh cinta pada dia]

Rindu ini indah


Rindu ini datang lagi

Sejak perpisahan kita pagi itu

Ketika tautan tangan berpisah

Ketika pandangan mata beralih arah


Rindu ini menjengah lagi

Ketika diri ini sendiri

Mengitari memori semalam yang indah

Menyelak lembaran semalam

Yang penuh dengan cinta

Yang dibuai dengan kasih


Walaupun merinduimu itu menyakitkan

Aku pilih untuk terus merindumu

Kerana..

Rindu ini indah..


11:58pm

28 September 2011

Rumah Penang

[MODE : I miss him so so so much]

Jalinan Cinta Abadi


Semalam
Yang hadir antara kita
Ada kenangan luka
Yang meninggalkan kita
Ada cerita cinta yang punah

Semalam
Cinta yang kita bina
Diuji oleh satu perpisahan
Rindu yang kita reka
Disulam oleh satu keretakan

Namun
Hari ini
Semua cerita luka telah tiada
Semua kisah sedih telah terpadam
Kerana cerita kita temui episod baru
Kerana ceritera kita disemai benih rindu
Kerana kisah cinta kita disulam janji setia
Kerana kisah kau dan aku diikat akad suci


Kerana...Hari ini
Anyaman kasih, sayang dan rindu kita
Telah menjadi jalinan cinta yang abadi

4:26am
7 September 2011
Rumah Mersing
[MODE : Janet & Rizal]


Hati Yang Merindu


Bila hati ini resah

Namamu sering bergema

Bila hati ini rindu

Namamu sering kedengaran

Kerana resah dan rindu itu

Hanya kerana sayangku padamu


Bila rindu ini datang

Hati tidak keruan

Risau pasti bertandang

Airmata bagai tiada empang

Kasih bagai tidak bertepi

Padamu yang dinanti


Bila resah ini bertandang

Fikiran jadi kacau

Hati jadi merintih

Jiwa jadi sedih

Hanya pada DIA aku meminta

Agar kau sihat dan bahagia

Agar cinta kita bersatu

Di bawah lembayung rahmat DIA


1:05am

3 September 2011

Rumah Mersing

[MODE : Missed call lagi :'(]


Yang Aku Perlukan




Aku tidak pentingkan kekayaanmu

Ku tidak pedulikan pangkatmu

Asalkan cinta itu suci

Asalkan rindu itu tulus


Aku tidak perlu kau berpuisi

Aku tidak perlu kau puitis

Asalkan kata-kata itu benar

Asalkan bicaramu ikhlas


Aku tidak perlukan harta menggunung

Aku tidak perlukan wang berjuta

Yang aku perlukan hanya cintamu

Yang aku perlukan hanya kasihmu

Yang aku inginkan hanya rindumu

Yang aku inginkan hanya kamu


Kau

Yang bernama lelaki yang kurindu..


6:17pm

18 Ogos 2011

Rumah Penang

[MODE : Miss him so much]


Penantian Ini


Aku menunggu
Hingga saat kau berkata cinta
Aku menunggu
Hingga saat kau melafaz sayang
Aku menunggu
Hingga saat kita disatukan

Penantian itu
Satu yang menyakitkan
Penantian itu
Satu yang aku dambakan
Penantian itu
Satu yang aku nantikan

Kerana aku tahu
Saat itu pasti kan menjelma
Saat itu pasti kan bahagia
Penantian itu pasti kan berakhir
Penantian itu pasti kan sirna

Kerana rindu, kasih, sayang kita
Telah bersatu..

7:05pm
14 Ogos 2011
Rumah Penang
[MODE : Missed Call lagi..]

Tiga Minggu Berlalu


Tiga minggu berlalu

Rindu ini menjadi teman setia

Kasih ini mekar dari kudupnya

Sayang ini merebak ke seluruh jiwa


Tiga minggu berlalu

Aku hanyut dalam lautan rindu

Aku terapung dalam udara kasih

Aku terbuai dalam alunan sayang


Tiga minggu berlalu

Aku rasa ingin dekat dengan rindumu

Aku rasa ingin hampir dengan kasihmu

Aku rasa ingin di sebelah sayangmu


Tiga minggu berlalu

Rindu, kasih dan sayang bersatu

Menjadi benang-benang cinta

Antara cinta kau dan aku


1:07am

3 Ogos 2011

Rumah Penang

[MODE : 3rd weeks anniversary]

Sulaman Cinta


Sayang ini bukan palsu

Rindu ini bukan bohong

Cinta ini bukan cuma kata-kata

Semuanya tersedia untukmu


Untuk menggapai langit aku tidak mampu

Untuk menyulam pelangi aku tidak kuat

Untuk menjahit alunan ombak aku takut

Namun,

Untuk menyintaimu aku sedia

Untuk menyayangimu aku damba

Untuk merinduimu aku pasti


Aku perlukan dirimu saat ini

Bersama-sama menyemai tunas kasih

Bersama-sama menjalin benang cinta

Bersama-sama menempuh esok yang bahagia


Aku khabarkan pada dunia

Aku rindu padamu...

Kau tahu siapa maksudku..


6:01pm

24 Julai 2011

Rumah Penang

[MODE: Aku rindu dia]

Rindu Kehadiranmu


Aku rindu kehadiranmu
Dari semalam ketika cinta diucap
Aku rindu melihat dirimu
Dari semalam ketika kasih dicipta

Rindu ini kadangkala mengundang tangis
Entah mengapa aku terlalu rindu
Walau kutahu kesibukan menghalangmu
Namun rindu ini menyeksakan

Tiap hari kupujuk hati
Yang kau akan hadir suatu hari nanti
Bersama kasih dan rindu
Hadir bersama cinta nan satu

Aku katakan ini pada alam
Aku rindu kamu..

11:44pm
23 Julai 2011
Rumah Penang
[MODE : Rindu Rindu Rindu]

Luka di hati


Bila rindu ini datang
Kekecewaan pasti mengiringi
Adakah kerana hari ini
Dia pergi secara rasmi

Sabarlah hati
Merindui tidak salah
Menyayangi tidak mengapa
Asalkan kau kuat menerimanya
Kerana kau tahu pedih sakitnya
Kerana kau tahu berdarah ia

Bersyukurlah hati
Kerana masih ada mereka
Yang datang ketika kemarau
Yang datang menyiram kasih
Yang datang membawa sayang
Walaupun mereka semua sama
Hadir bukan bersama cinta pertama

12:40am
11 Julai 2011
Rumah Penang
[MODE : A day after his big day]

DIA Datangkan Kau


Ketika hati ini menangis
DIA datangkan kau kepadaku
DIA titipkan bicara rindu bersamamu
DIA hadiahkan kasih dihatimu

Namun,
Kau datang tidak semuanya
Kau datang bersama separuh rindunya
Kau datang bersama sebahagian kasihnya
Kau datang bersama kenangan

Aku bahagia walau tidak memiliki
Aku gembira walau hanya mendengar
Aku tersenyum walau kau tidak disisi
Aku bersyukur kau datang saat ini

Kerana walau payah..aku kan tetap berdiri

2:38am
18 Jun 2011
Rumah Penang
[MODE : Kenangan lama]

Kasih Dia


Semalam
Kita bertemu lagi
Setelah kau mendiamkan diri
Ketika hati ini gundah gulana
Memikirkan dirimu yang semakin jauh

Semalam
Kita mengitari malam bersama
Menyatu hati mengait bicara
Walau kadang hati tersentuh
Namun kerana rindu dan cinta itu
Malam itu kita lalui dengan bunga-bunga kasih

Hari ini
Kau datang lagi
Membawa rindu itu pergi
Namun memberi rindu yang lebih berat
Menghadiahkan ciuman kasih yang sarat
Membuat rekahan luka makin dalam

Esok
Aku harus sedia mendepaninya
Kerana tidak akan ada lagi kau disitu
Kerana tdak akan ada lagi rindu itu
Kerana tidak akan ada lagi kasih itu

Namun,
Kenangan semalam selamanya di hati

1:46am
28 Mei 2011
Rumah Penang
[MODE : Kasih]

Merinduimu di Kinabalu


Melihat puncak Kinabalu
Kurasakan setinggi itu kasihku
Melihat besarnya Kinabalu
Kurindukan hangatnya kasihmu

Terlihat kabus memutih
Sejuknya menikam urat
Bayunya menyapa pipi
Aku rasakan ia pesan rindumu

Melihat alam yang hijau
Kurasakan dikelilingi hangat kasihmu
Redup pepohon menyejukkan hati
Yang basah dengan bah cintamu

Aku rindu kamu!

11:17am
17 Februari 2011
Taman Kinabalu
[2 months Anniversary]


Rasa itu


Abang,
Rasa itu di sini
Bermukim di perdu hati
Melayang di bawa semilir lembut
Meliputi segenap ceruk hati

Abang,
Rindu itu ada di hati
Walau sakit menanggungnya
Namun aku tega menerima
Kerana rindu itu menyelimutiku

Abang,
Moga cinta itu
Kan terus mekar dan harum
Agar cinta ini tersimpul mati

6:27pm
4 Jan 2011
Rumah Nibong Tebal
[MODE : Rindu dia]

Rindu Yang Sarat


Hari ini tanpa wajahmu
Kurasakan kelam mentari pagi
Bagai gelap walau di tepi nian
Ibarat nafas berat tersekat

Namun,
Walau tanpa wajahmu
Kurasakan kasihmu di mana-mana
Kurasakan dilingkari api rindumu
Kurasakan dihembus lembut nafasmu

Esok,
Kuharapkan susuk tubuhmu akan kembali
Kembali bersama senyum di bibir
Membawa bersama rindu yang sarat..

10:40pm
1 Januari 2011
Rumah Nibong Tebal


Detik Itu


Menanti detik itu
Tika kau berada di depan mata
Walaupun hanya seketika
Namun setahun terasa

Menanti rasa cinta
Tika kau melafazkannya
Walaupun sepicing cuma
Namun berat lagaknya

Menanti kasih tercipta
Tika kita ditakdirkan bersama
Walaupun masanya belum tentu bila
Namun bahangnya mula tempias

9:56pm
30 Disember 2010
Floor G, tunggu abang

Kau Hadir



Abang,
Perkenalan kita hari itu
Bukan dirancang, tidak juga diatur
Pertemuan atas urusan kerja
Tidak pernah ada rasa cinta
Apatah lagi ingin bersama

Namun,
Takdir DIA menentukan segala
Kemalangan itu menemukan kita sekali lagi
Memberikan ruang mata bertentang
Menyediakan wadah hati ingin kenal
Atas rasa terima kasih
Hanya sebatang pen mampu kuhulur
Tiada niat apa-apa, hanya terima kasih

DIA bukakan hati ini
Untuk terus memikirkan dirimu
Walau akal menentang takut
Hati ini berani kerana rasa itu
Ada di sisi, ada di hadapan, malah meliputi diri..aku bahagia dikelilingi rasa itu..

Abang,
Diri ini telah lama ingin disayangi
Ingin dipeluk dan dibelai
Kau hadir tatkala hati ini kemarau
Kontang dengan perhatian dan kasih

Abang,
Kuharap mentari yang menjelang esok
Membawa sinar bahagia,
Membawa sinar kasih rindu dan cinta
Antara dua hati yang saling memerlukan..

10:12pm
21 Dis 2010
Penang, Malaysia