Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label malam. Show all posts
Showing posts with label malam. Show all posts

Aku Rindu Dia


Mendengar rintik hujan
Diawal pagi ketika gelap
Mengingatkan aku pada hari itu
DIA berkati majlis kita
Dengan cuaca yang indah
Terima kasih Ya Allah

Merenung pekat malam
Ketika insan lain beradu
Mengingatkan aku pada dirimu
Makin mekar rindu ini
Walau kelmarin menjadi tunanganmu

Berbaring menahan kantuk
Tatkala malam menginjak pulang
Mengingatkan aku pada saat itu
Tika kau melamarku menjadi isterimu
Walau pantas tanpa angin
Namun cintamu kusambut rela

Hari ini.. Tika ini
Aku hanya teringat dirimu
Walau dimana kau berada
Aku tetap merinduimu

1:12am
28 Dec 2011
Rumah Penang
[MODE : luv him]


Bila Malam


Bila tirai malam berlabuh

Kedinginan seringkali mengingatkan aku padamu

Aku rindukan suaramu lewat perbualan semalam

Gelak tawa dan kasih sayangmu membahagiakanku

Meneggelamkan aku dalam stanza lagu kasihmu


Bila siang mengintai diri

Cerahnya bumi mendamaikan hati

Kerana aku diiring restu cintamu

Kerana aku dibelai rindu kasihmu

Menghanyutkan aku dalam lautan rindumu


Bila petang menyapa siang

Menandakan malam akan tiba lagi

Hati bersorak riang kerana malam datang lagi

Membawa erti rindumu kan kudakap lagi

Meneman tidur hingga siang menyelak lembar malam


12.13pm

26 Julai 2011

School Of Civil Eng, USM

[MODE : Miss U]

Rindu Dia Lagi



Jika cinta ini memang ada
Akan terasa walaupun jauh
Jika rindu ini telah bertapa
Sakitnya hati mengingat dia

Andai mentari terbit siang
Akan kukabarkan agar sinarnya sampai padamu
Membawa ledakan cahaya cinta
Mengiring lilin agar tidak padam

Andai rembulan bersinar malam
Akan kubisikkan pada bintang
Kelilingi dia agar rinduku terjaga untukmu
Sinari rindu ini agar terus hangat

Andai bayu berhembus lembut
Akan kulaungkan aku rindu dia..

11:44pm
25 Feb 2011
Rumah Nibong Tebal
[MODE : Just met him]


Petang dan malam ini


Petang ini
Kau hadir cuma sekejap
Mengucap salam, mengucup lembut
Di pipi, di dahi

Petang ini
Aku ditinggal lagi
Kerana tuntutan tugas
Kau terpaksa pergi

Malam ini
Menunggu kehadiranmu lagi
Agar rindu ini diubati
Dengan curahan kasihmu

7:17pm
15 januari 2011
Rumah Nibong Tebal
[MODE : Rindu dia]

Si Petang


Kesian petang..
Menjadi mangsa pada kehilangan siang..
Pada kerakusan malam merentap pelangi yg indah..

Petang selalu menjadi persinggahan..
Aku tak mahu menjadi petang..
Muncul cuma sekejap..
Riang cuma seketika..
Bahagia cuma sementara..

Namun derita dan keseorangan ditanggung sendiri..

3:26pm
1 Oktober 2010