Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label dia. Show all posts
Showing posts with label dia. Show all posts

Bait Kata Dia


Setiap detik aku memikirkanmu..

Setiap detik aku merasai kehangatan cinta kita

Tiada ukuran yang boleh aku nilai bahagianya aku bersamamu

Cintaku padamu bagaikan nyawa yang sentiasa mekar di jasad ini

tiada yang lain selain engkau yang satu

Aku cinta padamu setulus budi nan suci


~Mohd Fauzi Ramli~

3:29:44 am

16 Februari 2012


KITA


Dahulu

Kita hanya mengenali nama

Namun tiada sepatah kata

Walau kau dan aku disitu

Menempuh alam persekolahan


Kelmarin

Tanpa dipaksa, tanpa diduga

DIA datangkan kau bersama cinta

DIA hadirkan kau bersama janji setia

DIA titipkan kau bersama jiwa


Hari ini

Aku bahagia bersama cintamu

Aku tenggelam dalam rindumu

Aku dilingkari rasa kasihmu

Aku rindu seluruh dirimu

Aku rindu kamu


7:02pm

12 Februari 2012

Rumah Penang

[MODe : layanzz]


Syukur bukan aku


Kasihan

Namun kata-kata itu

Sukar untuk diluahkan

Payah untuk dituturkan

Kerana apa?

Aku jua tidak pasti

Adakah kerana antara kita ada peristiwa


Simpati

Selautan simpati dalam hati ini

Namun tidak mampu aku untuk membantu

Hanya doa agar kau tabah

Menghadapi hari depan

Yang belum tentu ada cahaya


Bersyukur

Ya ALLAH aku bersyukur

Kerana bukan aku ditempatnya

Kerana bukan aku yang menghadapinya

Kerana bukan aku yang mendepaninya

Ya ALLAH aku bersyukur

Kerana kau adakan kata akhir

Kerana kau wujudkan perpisahan


Alhamdulillah

Aku bersyukur

Kerana kau tunjukkan segalanya pada dia..

Ya ALLAH..KAU jaga lah dia

Kerana lemahnya dia sebagai hambaMU


11:47 pm

10 Januari 2012

Rumah Penang

[MODE : Alhamdulillah Syukur]


Aku Ingin Disisinya


Ingin aku terbang kesisimu
Memberi kehangatan agar kau selesa
Ingin aku memelukmu
Memberi kasihku agar kau bahagia

Rindu ini tidak terbendung
Hingga jatuhnya air mata
Apatah lagi kau yang kesakitan
Tanpa aku ada disisi

Kasih dan rindu ini bersatu
Membentuk cinta yang dalam
Menghembus bayu yang damai
Menyatukan dua hati yang tulus menyintai

Semoga kau sihat sayangku
Kerana rindu ini tidak terluah
Kerana kasih ini tidak terungkap
Selagi dirimu tidak kudakap

5:03pm
7 Disember 2011
Bilik postgrad USM
[MODE : Dear demam lagi]

Madah Cinta Dia




Hari itu sangat indah
Walaupun kita terpaksa jauh
Kerana akan ada pertemuan
Setelah rindu bertapa

Aku tidak pinta hartamu
Aku tidak pinta pangkatmu
Kerana kata-kata ini
Sudah cukup membuatkan aku
Rindu dan terus rindu pada pertemuan

Kerana kata kau..

"Terima kasih syg kerna..
meluangkan masa bersama abg..
mendengar keluhan isihati abg..
menyayangi abg..
merindui abg..
dan menCINTAI abg..
abg sgt bahagia bersama syg..
terima kasih 4 everything n every moment with me!
l love u more n more than u ever think..
mmuachhs..
abg syg syg..
mmuachhs..
honey..
i miss u until i meet u again"
Oct 10, 2011 10:42:42 AM

Aku rindu pada pertemuan itu
Terima kasih sayang..



2:08am
16 Okt 2011
Rumah Penang
[MODE : I luv him more]


Rindu ini milik dia


Entah mengapa

Airmata ini mudah mengalir

Setiapkali namamu bergema

Setiapkali rindu padamu menjelma


Entah mengapa

Hati ini jadi rapuh

Diri ini jadi manja

Ingin sentiasa dekat denganmu


Entah mengapa

Kesunyian ini jadi begitu senyap

Kesunyian ini jadi begitu bosan

Membuatkan rindu ini makin menggunung


Entah mengapa

Adakah kerana

Rindu ini milik dia..

Ya..

Rindu ini sememangnya milik dia..


7:44pm

2 Oktober 2011

Rumah Penang

[MODE : Rindu lagi ]


Sesudah Sehari


Aku kembali ke daerah ini
Setelah ditinggal lewat kelmarin
Kepulanganku disambut kicauan burung
Menyanyikan stanza lagu senja

Hari itu telah berlalu
Menandakan dia sudah pergi
Memberitahu alam dia tiada lagi
Menjadi hak wanita bergelar isteri

Tidak mungkin akan aku khianati
Walau rindu tidak sesekali bertepi
Walau cinta tidak jumpa empangnya
Aku tahu hari ini kau bukan milikku lagi

Terima kasih atas kenangan lalu

7:45pm
27 Jun 2011
Stesen Bas Pt Buntar
[MODE : A day after his big day]

Hari-hari cinta


Hari-hari yang berlalu
Bagaikan baru semalam
Sirna dari kamus hidupku
Pergi bersama kenangan
Cinta yang dipukul badai gelora

Hari-hari yang mendatang
Bagaikan paluan belati tajam
Menghiris hati menjadi serpih
Menumbuk lumat semangat juang
Cinta yang ada dihambat pulang

Hari-hari menyintaimu
Bagaikan berada di kayangan
Dibelai, dimanja dirindu
Bagai stanza lagu kasih merdu
Terima kasih sayang atas kenangan itu

Aku tetap kan menyayangimu
Walau hari-hari mendatang
Mengambil jasadmu jauh dariku..

12:07am
22 Jun 2011
Rumah Penang
[MODE: Aku sayang dia]

Aku yang dia tinggalkan


Dia sudah tidak sayang
Dia sudah tidak peduli
Dia sudah tidak ambil tahu
Walau apa pun yang berlaku

Hati ini bagai dicarik belati
Hancur bagai dicincang lumat
Berkecai bak dihempas kejam
Namun syukur masih ada serpihnya

Mata ini pedih lagi
Kerana empangan airmata pecah
Aku cuba untuk menahannya
Tapi aku tidak mampu

Kerana dia sudah tiada di sisi

12:15am
23 Mei 2011
Rumah Penang
[MODE : Pening]

Aku Perlu Pergi


Aku kira aku sudah tidak penting

Dalam hidup kau hari ini

Aku kira lebih baik aku pergi

Dari hidup kau hari ini


Mungkin aku yang bodoh

Tidak mengerti apa itu perpisahan

Mungkin aku yang tak tahu

Maknanya tidak lagi sayang

Atau aku sahaja yang tuli

Ketika tidak lagi ada cinta


Kumohon hati ini bersamaku

Menongkah beban rasa rindu

Kumohon kasih padamu disisiku

Melepaskan dirimu dengan redha di kalbu


5:19pm

10 Mei 2011

Dalam LRT

[MODE: Marah]




Apa milikku?


Jika orang lain punya ayah
Aku juga punya
Namun dia telah tiada
Andai orang lain punya emak
Aku juga ada
Namun dia telah pergi

Kukira aku punya dia
Kuandai aku ada dia
Kuharap aku ada dia
Namun dia juga akan pergi
Pergi bersama jiwa yang kusut
Pergi membawa rindu yang lara

Pergi bersisip serpihan cinta..

11:44pm
8 Mei 2011
Tmn Bkt Serdang
[MODE :Lonely]


Aku & Dia



Airmata ini selalu ingin turun
Setiap kali namamu bergema di dada
Sakitnya menahan rasa
Yang hanya aku sendiri menanggungnya

Aku anggap ini suratanNYA
Menemukan kita tanpa paksa
Aku anggap ini dugaan dariNYA
Memisahkan kita tanpa rela

Mereka kata aku kuat
Mereka kata aku punya segalanya
Namun tahukah mereka hati yang menangis
Tahukah mereka jiwa yang merintih

Aku tahu esok tetap kan hadir
Aku tahu esok aku akan kehilangan dia
Semoga cinta dia akan segar
Walau dia tidak lagi bernama kekasih

11: 24pm
3 Mei 2011
Rumah Penang
[MODE : Perpisahan]



Tika DIA Menguji


Tika susah jangan lupa pada DIA
Tika kau senang jua harus tunduk pada DIA
Hujan yang lebat pasti berhenti
Panas yang terik panti kan mendung
Sakit yang datang pasti ada ubatnya

DIA sesekali akan menguji
Untuk hamba yang disayang
Mungkin juga sering diuji
Kerana DIA tahu kau mampu

Sabarlah dengan dugaan mendatang
Peritnya juga akan hilang
Sujud dan tunduk usah lekang
Agar esok kebahagiaan akan datang
Bersama tangkai cinta DIA YA RABBI..

12:15pm
1/4/2011
School of Civil Eng, USM
[MODE : Dilanda musibah]


Aku, Dia & Kamu


Tika ini aku duduk sendiri
Merenung pasir putih di pantai
Ombak besar menerjah kasar
Merentap kenangan kau dan aku

Ketika kita duduk di situ
Datang dia yang pernah bertakhta dahulu
Bersama sisa cinta yang tinggal bara
Bakal padam mungkin juga menyala

Saat itu aku di persimpangan
Antara dia dan kamu
Mana satu kan kuberi cinta
Kerana keduanya pernah ada di hati
Kerana keduanya penuh luka bahagia

Kini, dilema itu datang lagi
Membawa cerita cinta
Aku dia dan kamu..

7:58pm
11 Mac 2011
Hotel Vistana, Kuantan
[MODE : Amirah 'Aisya]


Rindu Dia Lagi



Jika cinta ini memang ada
Akan terasa walaupun jauh
Jika rindu ini telah bertapa
Sakitnya hati mengingat dia

Andai mentari terbit siang
Akan kukabarkan agar sinarnya sampai padamu
Membawa ledakan cahaya cinta
Mengiring lilin agar tidak padam

Andai rembulan bersinar malam
Akan kubisikkan pada bintang
Kelilingi dia agar rinduku terjaga untukmu
Sinari rindu ini agar terus hangat

Andai bayu berhembus lembut
Akan kulaungkan aku rindu dia..

11:44pm
25 Feb 2011
Rumah Nibong Tebal
[MODE : Just met him]


Aku dan Kamu


Ketika aku sendiri
Kau sentiasa di hati
Walaupun kau sebenarnya jauh
Mungkin sedang lena diulit mimpi

Namun, aku puas
Kerana tadi telah kudengar suramu
Walau lemah kurang bermaya
Tapi kutahu itu tandanya cinta

Walaupun esok belum pasti
Cinta ini kupupuk dan kubelai
Agar mekarnya seharum kasturi
Agar tega melawan sinaran mentari

Aku cinta kamu!

12:42am
28 Januari 2011
Rumah Mersing
[MODE : Rindu Dia]


Petang dan malam ini


Petang ini
Kau hadir cuma sekejap
Mengucap salam, mengucup lembut
Di pipi, di dahi

Petang ini
Aku ditinggal lagi
Kerana tuntutan tugas
Kau terpaksa pergi

Malam ini
Menunggu kehadiranmu lagi
Agar rindu ini diubati
Dengan curahan kasihmu

7:17pm
15 januari 2011
Rumah Nibong Tebal
[MODE : Rindu dia]

Pagi ini


Pagi ini
Jagaku berulit rindu
Kepada dia yang tiada disisi
Kepada dia yang sentiasa di hati

Pagi ini
Lenaku dikejut rindu
Kepada dia yang namanya di hati
Kepada dia yang cintaku bersemi

Pagi ini
Bangunku disiram rindu
Kepada dia yang kasihku disemai
Kepada dia yang rinduku tidak bertepi

9:37am
13 Januari 2011
Bilik Post Grad PPKA

D.I.A


Dia kata sayang
Namun masanya belum tiba
Untuk diungkap diiring cinta
Kerana pengalaman semalam
Bagai bayang hitam menghantui

Dia kata rindu
Bila jauh jasad dipisah jarak
Bila mata mengedip bayang tiada
Kerana bayang semalam
Dia hidup dalam khauf cerita silam

Akukah yang perlu menunggu
Untuk melayari bahtera cinta
Yang tunasnya kurasakan cukup bahagia
Apatah lagi mekar kembang bunganya
Pasti harum pabila terungkap rahsia cinta

Akan kutunggu saat itu
Ketika hatinya terbuka luas
Ketika hanya namaku di sudut hati..

2:42pm
28 Disember 2010
Depan umah Ayu