Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label sabar. Show all posts
Showing posts with label sabar. Show all posts

Syukur bukan aku


Kasihan

Namun kata-kata itu

Sukar untuk diluahkan

Payah untuk dituturkan

Kerana apa?

Aku jua tidak pasti

Adakah kerana antara kita ada peristiwa


Simpati

Selautan simpati dalam hati ini

Namun tidak mampu aku untuk membantu

Hanya doa agar kau tabah

Menghadapi hari depan

Yang belum tentu ada cahaya


Bersyukur

Ya ALLAH aku bersyukur

Kerana bukan aku ditempatnya

Kerana bukan aku yang menghadapinya

Kerana bukan aku yang mendepaninya

Ya ALLAH aku bersyukur

Kerana kau adakan kata akhir

Kerana kau wujudkan perpisahan


Alhamdulillah

Aku bersyukur

Kerana kau tunjukkan segalanya pada dia..

Ya ALLAH..KAU jaga lah dia

Kerana lemahnya dia sebagai hambaMU


11:47 pm

10 Januari 2012

Rumah Penang

[MODE : Alhamdulillah Syukur]


Mereka Untuk Mereka


Beratur menunggu giliran
Menanti penuh sabar
Walau hati panas mahu marah
Namun sabar masih di puncak

Mereka bekerja untuk rezeki
Yang datang berbondong membawa tuah
Yang menunggu tetap menunggu
Yang selesai meninggalkan meja
Dengan senyum lebar ke telinga

Rezeki mereka kerana mereka yang lain
Kenyang mereka kerana mereka
Mereka untuk mereka

10:50pm
11 Dis 2010
Char Kuew Teaw Ahmad Permatang Pauh

Sabarlah sahabat..


Biarkan apapun kata nista
Walau pangkat tidak setaraf
Walau berasa besarnya kuasa
Manusia itu pasti kan merah darahnya

Usah ambil pusing bicara hina
Walau datang dari yang mengaku tahu
Walau datang dari yang mengaku bijak
Kerana kita pasti arif warna hati sendiri
Kerana kita memiliki yang mereka tiada

Dunia memang tak pernah adil
Pada manusia yang perasan hebat
Sengaja diujiNYA ujub takbur
Agar esok mereka ingat tingginya langit, hijaunya bumi

Namun sahabat
Sabarlah..
Hanya jauhari mengenal manikam

10:00 am
15 Oktober 2010
Thailand

Penantian Cinta

Perlukah aku mengalah
Pada sepi yang kau hadiahkan
Adakah penantian ini bakal sia-sia
Tunduk pada sunyi yang kau lingkarkan di hati

Akal ini mendesak untuk mengalah
Namun hati ini memujuk untuk menanti panggilanmu
Walau mungkin akibatnya kecewa
Parah menerima penipuan cinta..

Yang mencabar sabar sanubari...

10:00pm
30 April 2010