Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label esok. Show all posts
Showing posts with label esok. Show all posts

Kisah Kita


Aku tidak tahu tentang esok

Aku juga tidak tahu tentang sesaat nanti

Namun, aku tahu bicara semalam

Aku arif peristiwa kelmarin


DIA pernah temukan kita

Dalam kenal tanpa suara

Dalam nampak tanpa cahaya

Dalam ingatan tanpa memori


DIA temukan kita lagi

Dalam maya bersama rindu

Dalam khayalan disulam cinta

Dalam impian dijahit mimpi indah


Kerana itu,

Aku ingin tahu tentang esok

Aku ingin tahu tentang sesaat nanti

Kerana aku mahu sentiasa kau ada

Disisi menemani, menjaga, dan menyayangi


12:48 pm

10 Jun 2012

Rumah Penang

[MODE : Syukur]

Permulaan Esok


Mengapa sering ingin tumpah

Adakah kerana tajuknya akan berubah

Atau kerana yang disayang telah pergi

Bersama doa dan iringan zikir


Esok yang ditunggu hampir tiba

Namun mengapa rasa debar yang menggila

Semoga semuanya berjalan lancar

Dirahmati Yang Maha Kuasa


Semoga perjalanan esok pembuka pintu

Taubat, pahala, rasa cinta dan cita

Agar ianya awalan perjuangan

Hidup berdua, cinta bersatu


9:25pm, 19 Mei 2012

Rumah Penang

[MODE : dup dap dup dap]

Lagu Cinta Kita




Tiada kata-kata indah

Untuk aku rkaamkan

TIada madah berharga

Untuk aku alunkan

Betapa aku bahagia

Dicintai dan menyintaimu


Aku menunggu saat ini

Sejak hati berkata cinta

Sejak hati berkata rindu

Sejak hati mengenal sayang

Hati ini hanya untukmu

Hati ini hanya ada namamu


Aku mungkin bukan yang terbaik

Namun aku adalah diriku

Yang menyayangi dan menyintaimu

Yang mengharap rindu dan kasihmu

Yang mengharap esok untuk kita

Bersatu atas nama cinta


12:17am

12 Februari 2012

Rumah Penang

[MODE : Rindu]


Atas nama pernikahan


Mengingati hari semalam

Pelbagai rasa aku hadapi

Mengingati hari semalam

Pelbagai rasa aku tinggalkan


Mendepani hari ini

Rasa kasih memenuhi ruang hati

Menelusuri hari ini

Rasa cinta menguasi jiwa


Menanti hari esok

Semoga kasih itu masih untukku

Menanti hari esok

Semoga cinta kita akan bersatu


Kau dan aku

Atas nama pernikahan


9:56pm

6 Oktober 2011

Rumah Penang

[MODE : Aku cinta dia]


Kita Cuma Ada Esok


Tangisan itu pecah lagi
Untuk kesekian kalinya
Tangisan itu kedengaran lagi
Tanpa tahu makna henti

Dalam pelukan hangat
Kita menangisi cinta yang punah
Walaupun hati cuba untuk membeku
Namun, tangis masih tercetus
Di sudut hati yang paling dalam

Sayang,
Kita cuma ada esok
Sebelum kau menjadi milik dia lusa
Kita cuma ada esok
Untuk menjalin sisa-sisa cinta
Yang makin jelas rekahannya

Sayang,
Aku relakan kau pergi
Moga bahagia jadi milikmu..

8:36pm
24 Jun 2011
Rumah Penang
[MODE : Lusa]

Kerana Esok


Detik itu datang lagi
Entah mengapa aku tidak pasti
Gembira bersama, duka berpisah
Akhirnya airmata menjadi teman

Jiwa ini meracau
Ketika perkhabaran itu diterima
Walau esok tidak lagi milik kita
Namun kasih ini tetap setia

Jagalah dirimu sayang
Kerana esok aku tiada di sisi
Kerana esok cinta ini bakal mati
Kerana esok kisah kita menjadi memori

4:30 am
18 Jun 2011
Rumah Penang
[MODE : Another 8 days]

Kasih Dia


Semalam
Kita bertemu lagi
Setelah kau mendiamkan diri
Ketika hati ini gundah gulana
Memikirkan dirimu yang semakin jauh

Semalam
Kita mengitari malam bersama
Menyatu hati mengait bicara
Walau kadang hati tersentuh
Namun kerana rindu dan cinta itu
Malam itu kita lalui dengan bunga-bunga kasih

Hari ini
Kau datang lagi
Membawa rindu itu pergi
Namun memberi rindu yang lebih berat
Menghadiahkan ciuman kasih yang sarat
Membuat rekahan luka makin dalam

Esok
Aku harus sedia mendepaninya
Kerana tidak akan ada lagi kau disitu
Kerana tdak akan ada lagi rindu itu
Kerana tidak akan ada lagi kasih itu

Namun,
Kenangan semalam selamanya di hati

1:46am
28 Mei 2011
Rumah Penang
[MODE : Kasih]

Esok


Aku kuat ketika kau kuat
Ku bakal lemah tika airmatamu mengalir
Ku bakal sakit tatkala hatimu kecewa
Aku kecewa ketika esok kau tiada

Kutakut pada esok yang akan datang
Kutakut pada esok yang akan muncul
Kutakut pada esok yang akan hadir
Kerana esok kuakan kehilanganmu
Kerana esok kau kan jauh dariku

Hari ini aku kuatkan semangat
Agar esok yang hadir tidah menyakitkan
Agar esok yang muncul tidak menitiskan airmata
Agar esok yang hadir tidak membunuh rasa cinta

Kerana semalam aku disimbahi cahaya cintamu..
Yang menjadi bekal hari esok tanpa dirimu

8:23pm
14 Mei 2011
Dalam Kereta
[MODE : Jiwa Kacau]

Resah Hati


Abang,
Hati ini resah
Diamuk pelbagai rasa
Hati ini menangis
Diusik kenangan semalam
Hati ini merintih
Mengenangkan esok yang akan datang

Abang,
Rindu ini ada
Walau esok muncul cerita luka
Kasih ini sentiasa
Walau lusa jasadmu milik dia
Cinta ini terpendam
Walau kau hilang di hadapan mata

Abang,
Terima kasih atas kasihmu
Terima kasih atas sayangmu
Terima kasih buat perhatianmu
Terima kasih kerana pernah menyintaiku

Terima kasih atas sejarah cinta ini..

11:01pm
8 Mei 2011
Tmn Bkt Serdang
[MODE : Kacau Bilau]


Rindu Yang Sarat


Hari ini tanpa wajahmu
Kurasakan kelam mentari pagi
Bagai gelap walau di tepi nian
Ibarat nafas berat tersekat

Namun,
Walau tanpa wajahmu
Kurasakan kasihmu di mana-mana
Kurasakan dilingkari api rindumu
Kurasakan dihembus lembut nafasmu

Esok,
Kuharapkan susuk tubuhmu akan kembali
Kembali bersama senyum di bibir
Membawa bersama rindu yang sarat..

10:40pm
1 Januari 2011
Rumah Nibong Tebal


.::Semalam.::Hari Ini.::Esok::.


Kehidupan ini baru bermula
Percintaan ini baru bertunas
Rindu ini baru ingin mekar
Kasih ini baru ingin bersinar

Esok bukan lagi hari ini
Esok bukan lagi seperti semalam
Esok bukan lagi tahun ini
Kerana esok bermula segalanya

Moga esok kehidupan itu kan tumbuh
Moga esok percintaan itu kan berbunga
Moga esok rindu itu kan terus mekar
Moga esok kasih itu kan terus bersinar

Moga esok dia kan jadi milikku..selamanya...

4:56pm
31 Disember 2010
Rumah Nibong Tebal

Menanti Dia


Menanti dia datang
Bagai kembang bunga pagi
Menanti dia di sisi
Bagai cerah mentari di ufuk timur

Namun,
Rasa itu tetap tegar disitu
Hati ini tetap tabah menanti
Walau dalam sinar yang suram
Berteman cahaya lilin meliuk lentok
Menyala terus walau dihambat bayu keras

Mengapa hati ini terus begini
Sedangkan esok belum pasti
Andai ada janji DIA
Esok atau lusa pasti terlunas
Penantian hati yang menanti

9:20pm
28 Disember 2010
Depan Wah Lee

Esok kan hadir


Siang pastinya kan ada malam
Hujan tentunya kan berhenti
Tangis rindu pasti esok kan terubat
Kerna janji Dia, janji yang pasti

Andai hati masih berjanji
Ketika jiwa masih terpaku
Digadai mati pasti terluka
Kerana esok pasti hadir
Embun dingin penyejuk luka

Esok hadir bersama kelam
Hadir tanpa bebayang dirimu
Yang pasti tenggelam bersama mentari
Yang malu untuk bertemu sang bulan
Meninggalkan aku menggapai tanpa haluan...

9:03pm
12 Oktober 2010

Doa untuk sahabat


Maafkan aku teman
Andai bicara ini lambat aku tuturkan
Bukan kerana aku membenci
Tidak juga kerana aku tidak peduli

Aku tahu hari cintamu terpahat sudah
Aku bersyukur kasihmu berlabuh tepat
Walau tohmahan berdengung merata
Aku tahu kau pasti berduka

Biarkanlah sedih menjauh
Lepaskanlah hiba itu pergi
Walau hari ini cerita yang datang menyedihkan
Pastikan ia terkubur bersama derita

Teman
Doaku..
Agar mentari yang bersinar esok
Akan muncul bersama rahsia cinta
Yang sinarnya hanya untuk kau dan dia

8:46pm
21 September 2010