Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label kau. Show all posts
Showing posts with label kau. Show all posts

Kisah Kita


Aku tidak tahu tentang esok

Aku juga tidak tahu tentang sesaat nanti

Namun, aku tahu bicara semalam

Aku arif peristiwa kelmarin


DIA pernah temukan kita

Dalam kenal tanpa suara

Dalam nampak tanpa cahaya

Dalam ingatan tanpa memori


DIA temukan kita lagi

Dalam maya bersama rindu

Dalam khayalan disulam cinta

Dalam impian dijahit mimpi indah


Kerana itu,

Aku ingin tahu tentang esok

Aku ingin tahu tentang sesaat nanti

Kerana aku mahu sentiasa kau ada

Disisi menemani, menjaga, dan menyayangi


12:48 pm

10 Jun 2012

Rumah Penang

[MODE : Syukur]

Cinta Kau & Aku


Cinta
Hanya kau dan aku
Walau semalam telah pergi
Hari ini cinta ini pasti
Atas restu Ilahi

Cinta
Antara kau dan aku
Jika semalam kabur
Hari ini cinta ini bersinar
Atas berkat doa suci

Cinta
Buat kau dan aku
Terikat atas ikatan murni
Walau hanya lafaz janji
Kita bersaksi dua mukmin
Kita berwali satu imam
Agar cinta kau dan aku
Terus mekar di bawah lembayung
Kasih sayang DIA YA RABBI

2:38pm
9 Februari 2012
Surau PPK Awam
[MODE : July or April? ]

Kau & Aku




Ketika aku sendiri
Kau sentiasa di hati
Walaupun kau sebenarnya jauh
Mungkin sedang lena diulit mimpi

Namun, aku puas
Kerana tadi telah kudengar suramu
Walau lemah kurang bermaya
Tapi kutahu itu tandanya cinta

Walaupun esok belum pasti
Cinta ini kupupuk dan kubelai
Agar mekarnya seharum kasturi
Agar tega melawan sinaran mentari

Aku cinta kamu!

12:42am
28 Januari 2011
Rumah Mersing
[MODE : Rindu Dia]


Sesaat Kau Hadir


Walau hanya sebentar
Kau hadir bertanya khabar
Dan pergi kerana perlu
Kau tetap di hatiku

Walau baru beberapa detik
Kau pergi meninggalkan
Namun rindu cepat bertandang
Mengharap kau kan hadir lagi

Sabar aku menunggu
Kehadiran susuk tubuh itu
Agar lenyap rindu di kalbu
Agar hadir senyum di bibir

8:52pm
29 Disember 2010
Rumah Nibong Tebal