Aku tidak tahu tentang esok
Aku juga tidak tahu tentang sesaat nanti
Namun, aku tahu bicara semalam
Aku arif peristiwa kelmarin
DIA pernah temukan kita
Dalam kenal tanpa suara
Dalam nampak tanpa cahaya
Dalam ingatan tanpa memori
DIA temukan kita lagi
Dalam maya bersama rindu
Dalam khayalan disulam cinta
Dalam impian dijahit mimpi indah
Kerana itu,
Aku ingin tahu tentang esok
Aku ingin tahu tentang sesaat nanti
Kerana aku mahu sentiasa kau ada
Disisi menemani, menjaga, dan menyayangi
12:48 pm
10 Jun 2012
Rumah Penang
[MODE : Syukur]