Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label jiwa. Show all posts
Showing posts with label jiwa. Show all posts

Kau Satu


Stanza cinta kita bermula

Ketika hati telah mati

Angkara cinta dulu didusta

Namun TUHAN MAHA KAYA

Kau sampai pada waktu

Tiba pada masanya


Cinta itu sekejap mulanya

Namun berpanjangan hayatnya

Sehingga hati ini berkata cinta

Sehingga maut menjemput jiwa

Andai patah sayap pasti terbang jua


Aku ingin disampingmu

Menjalin rasa agar jadi beribu

Menganyam rindu agar jadi Satu

Memahat kasih agar jadi jitu

Kerana hanya kau yang Satu

Dihatiku, dijiwaku, disisiku

Satu..


3:29pm

16 Februari 2012

School Of Civil Engineering

MODE : Akad


Pertemuan Itu


Pertemuan
Satu pertentangan dua insan
Satu perjumpaan dua jiwa
Satu ikatan janji setia

Pertemuan itu
Masih segar dalam ingatan
Kau hadir bersama cinta
Kau datang diiring rindu

Usai pertemuan itu
Rindu bagai tidak tertanggung
Kasih bagai tidak terbendung
Cinta bagai tidak mampu dilindung
Bersatu dalam pelukan
Bersatu dalam tautan pandangan

Aku mengharap pertemuan itu
Akan ada lagi pertemuan
Akan ada lagi pancaran cinta
Kerana aku begitu rindu padamu
Yang datang dalam pertemuan itu

5:43pm
13 September 2011
Rumah Penang
[MODE : 2 months 1 day]



Esok


Aku kuat ketika kau kuat
Ku bakal lemah tika airmatamu mengalir
Ku bakal sakit tatkala hatimu kecewa
Aku kecewa ketika esok kau tiada

Kutakut pada esok yang akan datang
Kutakut pada esok yang akan muncul
Kutakut pada esok yang akan hadir
Kerana esok kuakan kehilanganmu
Kerana esok kau kan jauh dariku

Hari ini aku kuatkan semangat
Agar esok yang hadir tidah menyakitkan
Agar esok yang muncul tidak menitiskan airmata
Agar esok yang hadir tidak membunuh rasa cinta

Kerana semalam aku disimbahi cahaya cintamu..
Yang menjadi bekal hari esok tanpa dirimu

8:23pm
14 Mei 2011
Dalam Kereta
[MODE : Jiwa Kacau]

R.I.N.D.U


Rindu ini menyakitkan
Rindu ini menyesakkan
Rindu ini menitiskan airmata
Tatkala rindu memberat di jiwa

Airmata yang turun tanpa dijangka
Angkara rindu pada dia
Yang tiada di sini di hadapan mata
Namun, kutahu rindu ini untuk dia

Sesekali rindu ini datang
Payah untuk ditafsirkan rasanya
Begitu sukar untuk diterjemah maknanya
Kerana rindu ini membelit tangkai hati
Kerana rindu ini meberat di perdu jiwa

10:54 pm
5 Januari 2010
Rumah Nibong Tebal
[MODE : miss him so much]