Salahkah aku bercerita tentang bangsaku?
Salahkah aku bercerita tentang perit jerih bangsaku?
Salahkah aku berlipur lara gagahnya sejarah bangsaku?
Salahkah aku berpuisi tentang budaya bangsaku?
Mengapa aku dikatakan mementingkan bangsaku
Hanya kerana aku bercerita tentang MELAYU
Mengapa aku dikatakan menidakkan bangsa lain
Hanya kerana bangsaku namanya dicanang dipalu
Kolotkah aku kalau bercerita tentang bangsaku?
Ketinggalankah aku kalau berbangga dengan bangsaku?
Dayuskah aku kalau aku menyanjung bangsaku?
Bodohkah aku kalau bangsaku namanya MELAYU?
Aku tidak sedih hanya kerana mereka menang
Namun aku terhiris oleh kerana bangsaku kalah
Aku tidak pilu kerana mereka bersorak riang
Namun aku terluka kerana bangsaku menitis airmata
Mereka telah lama mahukan kita begini saudaraku
Mereka telah dambakan kekalahan kita bangsaku
Mereka telah lama merencanakan hari ini sahabatku
Kerana itu, mereka sedang gelak ketawa melihat kita
Jangan ulangi kisah Pak Pandir
Jangan warisi malangnya Si Lebai
Aku takut anak cucu kita esok memaki orang tuanya
Kerana meninggalkan mereka MELAYU yang lemah
Kerana mewariskan mereka Tanah MELAYU yang kontang
Kontang dengan Syiar Islam..
Tandus dengan muafakat MELAYU
12:26 pm
Mersing, Johor
MODE : Biarlah aku dikatakan kolot kerana bercakap tentang bangsaku yang namanya MELAYU..