Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Dia suami..





Dia suami..

Dia bukan manager
Bukan juga digelar tauke
Dia bukan tuan punya
Bukan juga dipanggil Boss


Dia tak punya harta berjuta
Juga tidak wang bertingkat
Dia tak punya emas berjongkong
Juga tak miliki syiling setalam

Namun dia sentiasa di sisi
Ketika susah dan senang
Sering di hadapan mengimami
Ketika selesai sejadah dibentang

Walau dia tak punya 
Apa yang orang lain banggakan
Dia tetap Raja dihati
Kerana syurgaku dia punyai
Kerana Allah berikan dia padaku
Atas nama suami